Namanya pemain muda ini tidaklah sepopular Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Nazmi Faiz ataupun Mohd Safee Mohd Sali. Namun selepas pertemuan skuad Bawah 22 tahun negara berdepan dengan Filipina, nama Mohd Rozaimi Abd. Rahman disebut-sebut oleh peminat bola sepak negara.
Pemain kelahiran Bongawan, Kota Kinabalu itu meledak empat gol, sekali gus membantu skuad bimbingan Ong Kim Swee menang besar 7-0 dalam perlawanan kedua Kelayakan Kumpulan G Piala AFC Bawah 22 tahun.
Selaku penjaring terbanyak skuad negara, Rozaimi Abdul Rahman terus membuktikan kebolehannya sekali lagi apabila berjaya meledak hatrik pada minit ke-52, 92 dan masa kecederaan.
Setakat ini, Rozaimi telah merekodkan sembilan (9) gol pada kejohanan ini dan membantu Malaysia meraih sembilan (9) mata daripada empat (4) perlawanan. Bagi memastikan tempat ke pusingan akhir, Malaysia perlu mencatatkan kemenangan terhadap pasukan tuan rumah, Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan G pada selasa ini.
No comments:
Post a Comment