Showing posts with label Negara. Show all posts
Showing posts with label Negara. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Mayat serangan buaya ditemui

Hari ini 7 Julai, mayat seorang pemotong pokok yang dipercayai diserang oleh seekor buaya pada khamis lepas di Batang Saribas telah dijumpai. Mayat Drahman Chali, 55, dari Kampung Hilir Beladin dijumpai dekat tebing sungai di seberang Kampung Medan, Spaoh sekitar jam 7 pagi tadi kira-kira 20 kilometer dari tempat mangsa diserang oleh reptilia itu.

Friday, July 6, 2012

Uncle Seekers direman 4hari

Hari ini, pihak polis mendapat tahanan reman selama empat (4) hari ke atas pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, bagi membantu siasatan berhubung dengan penyiaran-penyiaran artikel dalam laman blognya yang didakwa memfitnah kerabat dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Thursday, July 5, 2012

DATUK Lee Chong Wei menerima pangkat

Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong wei kerana hari ini beliau telah menerima pemakaian pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) oleh Menteri Pertahanan sendiri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Monday, July 2, 2012

Denda kesalahan jalan raya - Maksimum RM2,000

PERHATIAN kepada semua pengguna jalan raya, kerajaan bercadang akan menaikkan kadar denda maksimum kepada RM2,000 bagi kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dan pengguna jalan raya.

Thursday, June 28, 2012

Suami isteri disamun RM30,000

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi semalam, sepasang suami isteri disamun tiga (3) lelaki yang bersenjatakan parang di kediaman meraka di Taman Bahagia Baru, Temerloh dan mengalami kerugian dianggar berjumlah RM30,000.