Saturday, June 30, 2012

Zizan Razak & Juliana Evans pakai cincin sama?

Semua pasti sudah kenal dengan Zizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan RajaLawak yang kini sedang hangat dibual oleh orang ramai mengenai hubungannya dengan Juliana Evans. Sejauh mana hubungan mereka, hanya mereka sahaja yang tahu.

Baru-baru ini, telah diadakan majlis Pra Tonton filem Mael Lambong yang turut dihadiri oleh Zizan dan Juliana. Tetapi apa yang menarik perhatian pada kedua-dua selebriti ini ialah mereka dikatakan memakai cincin yang sama. Gambar-gambar dibawah ini adalah melalui laman blog BuahMulut yang mengambil gambar mereka berdua ketika majlis tersebut.


Jadi sejauh manakah perhubungan mereka? Itu hanya mereka berdua yang dapat menjawabnya, tetapi semua pasti dapat meneka tentang status perhubungan mereka. Kalau betul mereka bercinta, epat doakan semoga persahabatan dan perhubungan mereka berkekalan.






No comments:

Post a Comment