Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

ASEAN

Pada  hari ini  dalam  tahun  1967,  lima  buah  negara  telah  menandatangani  satu  pengisyhtiharan  di  Bangkok  bagi  menubuhkan  pertubuhan  kerjasama  serantau  yang  dikenali  sebagai  ASEAN (Association  of  Sounth  East  Asian  Nations).

Thursday, July 5, 2012

Penubuhan Negeri-Negeri Selat

Pada hari yang bertarikh 5.7.1825 Parlimen Inggeris telah meluluskan akta membenarkan Syarikat Hindia Timur E.I.C. menubuhkan Negeri-Negeri Selat. Dengan penubuhan ini pentadbiran ketiga-tiga penempatan Inggeris di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura diletakkan di bawah satu kerajaan yang beribu Pejabat di Pulau Pinang. Ibu pejabat ini kemudian telah dipindahkan ke Singapura atas sebab-sebab ekonomi dan perdagangan. Penubuhan Negeri-Negeri Selat ini adalah bertujuan bagi memudahkan segala urusan pentadbiran dan perdagangan Inggeris. 

Thursday, June 28, 2012

Belanda kalah di Selangor

Pada hari ini, 28 Jun dalam  tahun  1785, orang-orang  Belanda  di  bawah  pimpinan  Komander Gerardus  Zwykhardt  dan  August  Gravensteyn  terpaksa  lari  meninggalkan  kubu-kubu  mereka  di  Kuala  Selangor, balik  ke  Melaka.

Angkatan  Belanda  ini  telah  dapat  dikalahkan  oleh  angkatan  Sultan  Ibrahim  Shah  iaitu  Sultan Selangor  yang  kedua  yang diketuai oleh  baginda  sendiri  dengan  bantuan   orang-orang   Pahang  yang diberikan  oleh  Bendahara  Abdul  Majid.