London: Tahniah dan bangga dengan Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai "PocketRocketMan" kerana telah memberi persembahan terbaik tapi terpaksa akur dengan lima lawan lain yang lebih perkasa apabila hanya mampu mendapat tempat keenam (6) dalam final acara keirin lelaki yang sesungguhnya mencipta penyudahan yang sangat dramatik di Velodrom Olimpik 2012, awal pagi tadi.
Semasa semua pelumba mula membuat pecutan, dia tampak berada dalam kedudukan memburu podium tetapi apabila detik penting mencecah garisan penamat, legenda British, Chris Hoy lebih cemerlang untuk menang pingat emas dan pingat perak menjadi milik Levy Maxmilian dari Jerman dan Simon van Velthhoven dari New Zealand meraih pingat gangsa.
Anyway, "PocketocketMan" tetap juara!!

No comments:
Post a Comment