Sunday, July 8, 2012

Ella sah menjadi ISTERI.

Alhamdulillah dan Tahniah epat ucapkan buat pengantin baru kita, Ella atau nama sebenarnya ialah Norzila Aminuddin (46) dan pasangannya Azhar Husaini Ghazali (30) yang telah diijab kabul pada 7 Julai 2012.

Majlis pernikahan Ratu Rock ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong, Klang, Selangor.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharuddin abu Bakar manakala Ella diwalikan oleh abang sulungnya, Mohd Nor Izam Aminuddin.

Dengan mas kahwin sebanyak RM50,300 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan, kira-kira 200 jemputan yang hadir majlis yang diadakan dalam suasana sederhana ini namun tetap meriah.

No comments:

Post a Comment