Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya mempertahankan Piala Liga Super yang dimenangi pada musim lalu. Kejuaraan itu dibuktikan apabila pasukan The Red Warriors berjaya membelasah Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.
Walaupun masih berbaki 2 perlawanan, namun kemenangan ke-17 daripada 24 perlawanan liga itu membolehkan kelantan memungut 57 mata dan kelebihan (7) tujuh mata memihak kepada pasukan kelantan daripada pencabar terdekatnya iaitu Lions XII dari Singapura.
Kelantan adalah pasukan ketiga yang berjaya mempertahankan piala itu selepas Pahang, Kedah dan Selangor.

No comments:
Post a Comment