Tuesday, August 7, 2012

ASEAN

Pada  hari ini  dalam  tahun  1967,  lima  buah  negara  telah  menandatangani  satu  pengisyhtiharan  di  Bangkok  bagi  menubuhkan  pertubuhan  kerjasama  serantau  yang  dikenali  sebagai  ASEAN (Association  of  Sounth  East  Asian  Nations).
 
Negara-negara  tersebut  bersama  wakilnya  terdiri  dari  Malaysia (Tun  Abdul  Razak), Indonesia (Tun Adam  Malik), Filipina (Tuan  Narcisco Ramos), Singapura (Tuan  S. Rajaratnam) dan  Thailand (Tun Thanat Khoman).  Idea  penubuhan ASEAN  telah  disuarakan  oleh  Perdana  Menteri  Malaysia  pertama,  YTM  Tunku Abdul Rahman pada  sejak  tahun  1961 lagi.  Sebelum  penubuhan  ASEAN,  telah  ditubuhkan  ASA (Association of  Southeast Asia) yang  dianggotai  oleh  Malaysia, Thailand dan  Filipina  pada  1961,  manakala  MAPHILINDO yang  dianggotai  oleh Malaysia, Filipina dan  Indonesia pada  1963. Namun  matlamat  kedua-dua  pertubuhan  tersebut telah gagal  kerana  kurang  sambutan  dan  konfrantasi  antara  Malaysia – Indonesia serta  tuntutan  Filipina  ke  atas  Sabah.  Sengketa-sengketa  tersebut telah  membawa  kepada  kerugian,  maka  kelima-lima  negara  Asia  Tenggara  ini  telah mengeluarkan kenyataan  bersama  dan  menandatangani  pengisyhtiharan  yang  melahirkan  ASEAN  dan  hubungan  tersebut  terus  kukuh  dan  telah  banyak  memberi  faedah  dan  manfaat  kepada  negara-negara  anggota.

No comments:

Post a Comment