Tahniah diucapkan kepada Spain yang baru sahaja menjuarai Euro 2012. Memang dari awal lagi, Spain sudah diletakkan diantara pasukan pilihan untuk menjuarai Euro 2012 kali ini. Penyokong Italy tidak perlu rasa hampa dengan kekalah pasukan Italy kerana Italy telah memberikan persembahan yang terbaik awal pagi tadi.
Pada mulanya Italy nampak hampir berjaya mengawal Spain, tapi 2 gol pantas yang dijaringkan oleh D.Silva pada minit ke-14 dan J.Alba pada minit ke-41 di separuh masa pertama dah memberikan 'advantages' kepada Spain. Dan paling teruk bila Thiago Motta mengalami kecederaan 'torn hamstring' pada minit ke-60 dan Italy terpaksa bermain dengan 10 pemain kerana pasukan itu telah melakukan 3 pertukaran pemain.
Dengan kelebihan pemain yang ada, Spain berjaya menambah lagi dua (2) gol pada minit ke-84 dan minit ke-88 yang dijaringkan oleh F.Torres dan J.Mata. Keputusan ini tidak berubah sehingga tamat perlawanan. Spain berjaya menewaskan Italy 4-0 dan tahniah diucapkan kepada pemain tengah Spain, Andres Iniesta kerana telah dinobatkan sebagai pemain Terbaik bagi Euro 2012.
Selain itu, dengan kemenangan Spain pada Euro 2012, Spain telah adalah pasukan pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan Euro manakal penyerang Spain, Fernando Torres adalah Top scorer bagi Euro 2012.

No comments:
Post a Comment