Kepada semua peminat bola sepak negara, perlawanan persahabatan antara Kelantan dan kelab liga Inggeris Queens Park Rangers (QPR) di Stadium Shah Alam pada 20 Julai ini, akan bermula jam 9.15 malam.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, QPR bersetuju untuk melewatkan sedikit sepak mula perlawanan itu bagi memberi peluang penonton beragama Islam menunaikan solat sunat Terawih puasa dijangka akan bermula pada keesokan harinya. Beliau juga bercakap pada sidang media sempena Siri Jelajah QPR di sini hari ini, pengurusan stadium akan menyediakan lebih banyak tempat untuk penonton menunaikan solat sunat Terawih di stadium pada malam perlawanan itu.
Menurut Annuar lagi, pemilihan tarikh itu bukan sengaja dibuat pada malam pertama Ramadan tetapi bagi memudahkan penyokong dari Kelantan pergi ke Selangor bagi menyaksikan perlawanan tersebut tanpa perlu bercuti. lagipun, jika dibuat d Stadium Sultan Muhammad ke-IV, ia juga akan menimbulkan masalah kerana stadium itu hanya mampu menampung kira-kira 15,000 orang.
Dijangka sebanyak 65,000 tiket akan dijual sempena perlawanan berkenaan dan harganya lebih murah berbanding perlawanan akhir Piala FA menentang Kelab Sime Darby pada Mei lalu, iaitu RM33, RM53 dan RM73 bagi tempat terbuka.
Mengulas pemilihan Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan tersebut, beliau berkata, ia berikutan Stadium Nasional Bukit Jalil akan digunakan skuad negara menentang Arsenal empat hari kemudiannya.
No comments:
Post a Comment