Hari ini 7 Julai, mayat seorang pemotong pokok yang dipercayai diserang oleh seekor buaya pada khamis lepas di Batang Saribas telah dijumpai. Mayat Drahman Chali, 55, dari Kampung Hilir Beladin dijumpai dekat tebing sungai di seberang Kampung Medan, Spaoh sekitar jam 7 pagi tadi kira-kira 20 kilometer dari tempat mangsa diserang oleh reptilia itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Betong, DSP Sarifuddin Mustaffa berkata beberapa anggota badan mangsa sudah putus seperti tangan dan kaki mangsa manakala kepala mangsa hampir terputus.
Anggota keluarga mengesahkan bahawa itu adalah mangsa yang dilaporkan diserang buaya sebelum ini sebaik sahaja mayat dibawa ke Hospital Betong.
No comments:
Post a Comment