Hari ini, pihak polis mendapat tahanan reman selama empat (4) hari ke atas pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, bagi membantu siasatan berhubung dengan penyiaran-penyiaran artikel dalam laman blognya yang didakwa memfitnah kerabat dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Menurut Berita Harian, Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah terhadap pengendali blog www.uncleseekers.blogspot.com dan dan juga teman wanitanya itu dibacakan Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret, di sini, petang tadi.
Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.
No comments:
Post a Comment