Thursday, June 28, 2012

Suami isteri disamun RM30,000

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi semalam, sepasang suami isteri disamun tiga (3) lelaki yang bersenjatakan parang di kediaman meraka di Taman Bahagia Baru, Temerloh dan mengalami kerugian dianggar berjumlah RM30,000.



Menurut Harian MetroKetua Polis Daerah Temerloh ACP Md Nor Mansor berkata ketika kejadian, isteri yang berusia 57 tahun itu berada di tingkat bawah rumah manakala suaminya, 58, sedang mandi di tingkat atas. 

Katanya mangsa tiba-tiba didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang yang meluru masuk ke dalam rumah dan bertindak mengacukan parang ke leher mangsa.

"Suami mangsa yang turun ke bawah apabila terdengar bunyi bising turut diacukan parang di lehernya sebelum penyamun itu menggeledah rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Md Nor berkata suspek kemudiannya melarikan diri bersama barang kemas dan wang tunai RM2,300 yang keseluruhannya berjumlah RM30,000.

Beliau berkata suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Altis berwarna putih. 

Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung dengan kes ini diminta memberi kerjasama dan melaporkan di balai polis yang berhampiran. Pihak polis kini sedang giat memburu suspek.

No comments:

Post a Comment