Thursday, June 28, 2012

Final Euro 2012 - Spain bertemu Italy


Akhirnya, setelah tamat 90 minit, pasukan Itali dibawah latihan Cesare Prandelli telah berjaya mara ke peringkat akhir Euro 2012 dengan menumpaskan pasukan Jerman 2-1. Italy juga telah mempertahankan rekod tanpa kalah terhadap Jerman.

Gol pembukaan pada perlawanan pagi ini dijaringkan oleh M.Balotelli pada minit ke-20 hasil hantaran daripada Cassano. Tidak sampai 20 minit, Balotelli sekali lagi mengegarkan jaring gol Jerman pada minit ke-36. Jerman hanya dapat menjaringkan gol hasil daripada tendangan penalti pada masa kecederaan separuh masa kedua iaitu minit ke-92 yang diambil oleh Ozil.

Di final pada 2 Julai 2012 nanti, Itali akan berdepan dengan Spanyol iaitu pasukan Juara Piala Dunia 2010. Tahniah epat ucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana berjaya ke Final Euro 2012. Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda? Dan pasukan manakah yang akan bergelar juara? Sama-sama kita saksikan.

Jangan lupa perlawanan akhir Euro 2012 iaitu pada hari Isnin, 2 Julai 2012 pada pukul 2.45 pagi waktu tempatan.

No comments:

Post a Comment