Untuk pengetahuan umum, Jerman setakat ini belum pernah mengalahkan Itali dalam perlawanan kompetitif, Jerman tewas tiga kali dan hanya seri tiga kali dalam kancah Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah. Mereka juga pernah bertembung dalam kelayakan Piala Dunia pada tahun 1962 dengan perlawanan berkenaan berakhir seri.
Bagaimanapun, jurulatih jerman, Joachim Loew tidak mahu anak buahnya terpengaruh dengan statistik perlawanan yang tidak memihak kepada pasukannya ke atas Itali sejak sekian lama. Menurut Loew;
“Kita tidak boleh kembali ke masa lampau, lupakan perkara itu, sejarah tidak memainkan peranan dalam perancangan kami. Satu lagi fakta ialah Jerman tidak pernah menang ke atas Itali dalam kejohanan utama, tetapi apa masalahnya? Situasi sekarang berbeza dan ini bukan satu isu buat kami.”
Penyokong Jerman bagaimanapun sedar kehadiran pemain tengah, Andrea Pirlo yang enam tahun lalu melorongkan bola kepada Fabio Grosso pada masa tambahan untuk kemenangan 2-0 Itali ke atas Jerman pada separuh akhir Piala Dunia 2006.
Bagaimanapun, Loew juga berkata, dia kurang berminat untuk mempedulikan pemain Itali itu sebaliknya lebih mengutamakan apa yang mampu dilakukan anak buahnya dalam usah melebarkan rekod kemenangan 15 perlawanan berturut-turut sejak tewas kepada Sepanyol di Piala Dunia 2010.

No comments:
Post a Comment