Wednesday, June 27, 2012

Memey Suhaiza Hamil?

Saat-saat gembira yang ditunggu-tunggu oleh pasangan Memey Suhaiza dan Norman kini tiba. Tidak lama lagi, Memey akan bergelar seorang ibu dan Norman pula akan bergelar seorang bapa. Tahniah epat ucapkan kepada pelakon Memey Suhaiza yang kini telah disahkan hamil enam (6) minggu.




Menerusi Media Hiburan, Memey memberitahu MH yang dia mengetahui tentang kehamilannya selepas melakukan ujian kit kehamilan sendiri di rumahnya. Menurut kata Memey ;


"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.
"Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak," katanya Memey yang dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun depan.


Epat nasihatkan agar Memey kurangkan bekerja dan banyakkan berehat terutamanya bagi beberapa bulan ini. Semoga segalanya berjalan dengan lancar buat Memey dan pasangan, Norman sehingga hari kelahiran nanti. Sekali lagi epat ingin mengucapkan jutaan tahniah buat pasangan Memey dan Norman.

No comments:

Post a Comment